RESEPI KUIH RAYA 2018


RESEPI KUIH RAYA 2018 



1. Biskut Ole Sayang

Image result for Biskut Ole Sayang

Bahan A:

  • 220gn tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 2 cawan cornflakes - kisar halus
  • 50gm badam cincang - sangai
  • 180gm mentega
  • 90gm gula kaster
  • 1 sudu besar madu
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila


Hiasan : Cornflakes - ramas kasar, ceri merah




Cara-cara :


1. Ayak bahan A, masukkan conflakes dan badam. Ketepikan.
2. Pukul mentega, gula, madu dan esen hingga sebati. Kaup balikkan bahan A, gaul sebati hingga menjadi doh.
3. Ambil 1 sudu kecil doh dan bentukkan ke bebola kecil, sadurkan dengan cornflakes dan hias dengan ceri.
4. Susun di atas dulang pembakar yang di gris marjerin. Jarakan biskut untuk mengembang.
5. Bakar di dalam oven pada suhu 180C selama 12-15minit hingga kekuningan.



Note : Jika bebola doh agak kering, sapukan sedikit mentega sebelum di sadur dengan cornflakes supaya ia melekat pada doh.





2. Biskut Kentang / German Cookies

Image result for Biskut Kentang / German Cookies

Bahan-bahan:

  • 250gm mentega
  • 100gm gula icing
  • 250gm tepung kentang
  • 100gm tepung gandum
  • 1 biji putih telur 

Hiasan : Sugar colours



Cara-cara :


1. Ayak tepung kentang dan tepung gandum. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula icing hingga berkrim, masukkan putih telur dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan gaul dengan spatula hingga rata. Rehatkan selama 15 minit.
4. Ambil doh sebesar ibu jari (10gm) bulatkan dan golek bahagian tepinya dengan sugar colour (gula berwarna) atau hiasan lain yang di sukai. Gunakan spatula untuk membuat bentuk diamond di atasnya.
5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit





3. Biskut Lidah Kucing Coklat

Image result for Biskut Lidah Kucing Coklat

Bahan-bahan:

  • 250gm mentega
  • 170gm gula kaster
  • 100ml putih telur
  • 170gm tepung gandum
  • 50gm tepung jagung
  • 30gm serbuk koko
  • 1/4 sudu teh emplex (bahan perangup)
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu teh coffee emulco - optional



Hiasan : Croquant secukupnya



Loyang lidah kucing - griskan dengan sedikit mentega 



Cara-cara :


1. Ayak tepung, serbuk koko dan emplex. Ketepikan.


2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil di putar hingga sebati. Tambahkan coklat emulco dan coffee emulco (jika suka) dan gaul hingga rata.


3. Masukkan campran tepung dan gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag, gunting sedikit muncungnya dan picit memanjang ke dalam loyang lidah kucing.

4. Tabur dengan croquant atau hiasan lain jika suka.


5. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 10-15 minit.






4. Biskut Cappucino Slice



Bahan A:

  • 210gm mentega 
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh cappucino emulco

Bahan B: (di ayak bersama)


  • 250gm tepung gandum
  • 90gm tepung jagung
  • 50gm susu tepung
  • 30gm serbuk kacang tanah

Topping coklat:


  • 230gm coklat masakan
  • 10gm cocoa butter 
  • (di cairkan secara double boiler)

Hiasan : Jumbo Heart, Croquant

Loyang 10' x 10' x 2 dengan cutter - Cara Memasang Cutter



Cara-cara :


1. Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh yang lembut.


2. Alas loyang 10 x 10' dan alas dengan kertas minyak, biarkan lebihan kertas 1" keluar dari loyang.

3. Ambil doh seberat 600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan. Masukkan pemotong (cutter) dan tekan padat ke dasar loyang. Cucuk permukaan doh dengan garpu.

4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 40minit atau sampai kekuningan.


5. Setelah biskut sejuk bukakan cutter dan tuangkan coklat masakan hitam yang dicairkan, ratakan.

Nampak tak jaluran yang terbentuk dari cutter, letak kembali cutter ke tempat asalnya berpandu kepada jalurannya. (jika nak buat corak marble, lakukan ketika coklat masih cair baru di letakkan cutter.

6. Masukkan balik cutter kedalam loyang, letak jumbo heart dan croquant dan biar coklat membeku.

7. Setelah coklat beku bolehlah dibuka cutter.






5. Pinky Chocolate Chips Cookies




Bahan A:
  • 250gm mentega
  • 140gm gula kaster
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan B: 
  • 300gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 20gm tepung susu
  • 1/2 sudu teh soda bikabonat
  • 1/4 sudu teh emplek
  • 200gm chocolate chips
  • 100gm gajus - disangai dan cincang kasar atau kekacang yang disukai
  • pewarna pink secukupnya 

Cara-cara :

1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga rata.

2. Ayak tepung, soda bikabonat dan emplek. Masukkan chocolate chips dan gajus, gaul rata.

3. Masukkan adunan mentega dan pewarna pink secukupnya. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.

4. Rehatkan selama 15 minit. Ambil sebesar ibu jari (10gm) dan gentel ringan bulat.

5. Susun di dalam dulang pembakar, jarakkan kerana biskut akan mengembang.

6. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.

7. Jangan terlebih bakar supaya warna pink lebih menyerlah.





6. Biskut Mama Carey

Image result for biskut mama carey

Bahan A:
  • 200gm mentega
  • 100gm gula kaster
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila 

Bahan B: - di ayak
  • 260gm tepung gandum / red rose
  • 50gm tepung jagung
  • 50gm tepung susu

Aising Hiasan:
  • 1 biji putih telur
  • 90gm gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung

Hiasan : Coklat emulco


Cara-cara :

1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul hingga sebati.

2. Masukkan ke dalam bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

3. Canai dan terap dengan acuan berbentuk hati atau disukai. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.

4. Bakar biskut setengah masak selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan paipkan aising hiasan, tabur dengan manik atau gunakan lidi kecil yang dicelup ke dalam coklat emulco dan buat lorekan diatas permukaan aising tadi.

5. Bakar semula selama 15 minit hingga masak.

6. Membuat Aising : Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik. Masukkan ke dalam piping bag dan paip ke atas permukaan biskut.





7. Biskut Almond Eye


Bahan-bahan:
  • 130gm mentega
  • 60gm gula ising
  • 250gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh perasa vanila

Hiasan : Badam panggang dan coklat masakan cair


Cara-cara :

1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanila pukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan uli menjadi doh. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
3. Canai dan terap dengan acuan sampan. 
4. Bakar selama 150C selama 15-20 minit.
5. Sejukkan biskut dan paipkan coklat masakan cair. Letak sebiji badam sebagai hiasan.





8. Strawberry Layer Cookies

Related image

Bahan-bahan:
  • 200gm mentega
  • 90gm gula icing
  • 200gm tepung gandum rose
  • 80gm tepung sagu
  • 50gm cornflake kisar halus
  • 60gm serbuk badam/gajus
  • 1 sudu teh strawberry emulco

Topping: strawberry / blueberry filling, croquant atau jem


Cara-cara :

1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim, masukkan tepung dan bahan lain dan uli lembut.
2. Alas acuan (10 x 10') dengan kertas minyak dan biarkan lebihan kertas 1" keluar dari loyang. (lihat step cappucino slice)
3. Ambil doh seberat 550-600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan.
4. Masukkan pemotong (cutter) dan tekan padat ke atas biskut.
5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 40minit atau sampai kekuningan.
6. Setelah biskut sejuk bukakan cutter dan tuangkan strawberry filling atau jem dan ratakan.
7. Masukkan balik cutter kedalam acuan dan taburkan cheese parut dan croquant. Keluarkan kembali cutter dan bakar (tanpa cutter) selama 15 minit lagi.

*** Biskut tidak di bakar bersama cutter untuk mengelakkan jem dari melekat di cutter, sapu permukaan biskut dengan menggunakan brush supaya lebih rata.

*** Jika menggunakan jem biasa, pastikan memilih jem yang halus, whiskkan jem hingga licin dan tidak berketul sebelum di sapu ke atas permukaan biskut.


sumber: fb (bukan sembang kosong)
sumber gambar: google




GOOD_LUCK



Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGATASI SEMBELIT

6 RESEPI: KUIH RAYA SEMUDAH ABC