CARA MENGATASI SEMBELIT
CARA MENGATASI SEMBELIT !!!!
...........HAIIIII DAN ASSALAMUALAIKUM......
Hari ini sy nk berkongsi beberapa tips dan cara utk mengatasi sembelit?Why???Sebabnya ramai yg mempunyai masalah seperti ini x kira la bayi, dewasa mahupun org tua kan...tipu lah klu korg x prnh mengalami masalah sperti ini kecuali dia btl2 100% jaga pemakanan dan kesihatan dgn baik..btl x???
Okay u alls daripada pengalaman saya sndri, sy juga pernah mengalami sembelit selama 1 minggu tak membuang air besar...ko rsa????haha..rasa nk belah je perut tu supaya keluar semua najis2 dlm tu...weyyuuuu...sy rsa perut tu buncit sgt2 dan rsa tak selesa utk jalani aktiviti harian.. korg prnh kena x situasi mcm sy nii?.
try share skit?share is caring kan....
Btw times tu, muka saya x yah cakap lah, jerawat smkin naik secara mendadak dan timbul nanah2 dlm jerawat tu...maybe effect daripada toksin yg kotor dalam usus dan terus ke muka menyebabkan munculnya si jerawat tu kot...hehe...Perghhhh time tu rsa teramat give up dan badmood secara tiba2..hahhaha..nk jmpa dgn member pn segan apatah lagi nk bergambar kannn(biasalah perempuan)...hanya tuhan yg thu nak oiii...mood times tu down habis...
Sape2 yg pernah rsa situasi mcm sy ni, dia akn faham leeerr...sy dah serik weiii...hehe...But now, sy punya masalah sembelit tu okay la sikit berbanding minggu lps dgn mengunakan tip yg betul...allahamdullilah dgn izin Allahh....okay lah mls nk citer pjg2, u baca lah sendiri ye...hahaha
Ok u alls,jom baca tips2 DIBAWAH!!!!
............................................................................................................
SEBAB MENGAPA KERAP SEMBELIT???
Antaranya adalah:

1. MALAS BUANG AIR BESAR
⏩Malas menunggu najis keluar sehabisnya ketika membuang air besar. Selalu terjadi pada anak kecil yang sedang belajar ke tandas. Tetapi orang dewasa pun kadang2 ada jugak kan malas nak membuang tu....jangan amal ye sikap malas tu, nanti memakan diri pulak!!!

2. NAJIS YANG TERLALU KERAS
⏩Najis keras dan sakit apabila meneran menyebabkan pendarahan pada usus atau rektum. yesss, ini sangat bahaya ye kerana anda akan berasa tidak selesa apabila mengalami perdarahan yang kerap semasa membuang.
3. ANGIN DALAM BADAN
⏩Masalah penghadaman yang disebabkan oleh angin dalam badan, abdominal cramp dan kembung perut. Cuba berurut dengan pakar dan mereka yang mahir.
4. KURANG CECAIR DALAM BADAN
⏩Kurang fiber dan cairan dalam badan adalah faktor paling utama dan paling mudah untuk diselesaikan. Banyakkan minum air kosong dan lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam diet anda.
5. TEKANAN
⏩Terlalu stress juga boleh menyebabkan sembelit selain menjadi punca kepada pemakanan yang tidak sihat.
6. KURANG ZAT BESI
⏩Kurang zat besi dalam badan hingga tiada tenaga untuk meneran.

7. FAKTOR UMUR
⏩Biasanya warga tua mengalami masalah ini akibat fungsi organ yang kurang efisyen, kurang bersenam, atau kurang pergerakan badan.
..........................................................................................................................................
CARA MENGATASI MASALAH KERAP SEMBELIT
1. AMBIL SERAT
⏩Lebihkan pengambilan serat dalam setiap hidangan. Serat banyak terdapat dalam sayuran dan tumbuh-tumbuhan.
2. MINUM BANYAK AIR
⏩Minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari
3. MAKAN HERBA DAN REMPAH
⏩Masukkan herba dan rempah-ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. Kebanyakan herba dan rempah-ratus ini memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang berkumpul pada hati, buah pinggang, perut dan limpa
4. CUKA EPAL
⏩Sebaik bangun tidur, minum satu sudu cuka epal. Ia meningkatkan penghasilan asid dalam perut secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan
5. LEMAK BERKHASIAT
⏩Makan lemak yang berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak macadamia, avocado, ikan sardin, ikan kembung, ikan kurau, butter dan kekacang
6. ELAKKAN PROTEIN BERLEBIHAN
⏩Elak mengambil protein secara berlebihan. Memadai dengan satu genggam untuk satu hidangan.

7. SENAMAN PERNAFASAN
⏩Lakukan senaman pernafasan setiap hari. Pernafasan yang sekata membantu menghilangkan stress dan melonggarkan saraf yang tersumbat
8. BANYAKKAN PERGERAKAN FIZIKAL
⏩Lakukan senaman dan regangan badan. Senaman meningkatkan metabolisma, meningkatkan simulasi kontraksi usus dan melawaskan perkumuhan
9. SENAMAN MENCANGKUNG
⏩Lakukan senaman mencangkung. Ia memberi tekanan pada perut dan usus, sekali gus memberi ‘gesa’ untuk buang air besar.
SEMOGA MANFAAT DAN SEMOGA SIHAT SELALU YE....
BYEEEE...
JUMPA LAGIII SAYANG2!!!!
Comments
Post a Comment