6 RESEPI: KUIH RAYA SEMUDAH ABC


RESEPI KUIH RAYA


1. Fudge Chocolate Chip Cookies


Image result for fudge chocolate chip cookies


Bahan-bahan:


  • 250gm gula aising
  • 30gm serbuk koko atau serbuk coklat
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 biji putih telur (80gm)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 100gm chocolate chips

Penyediaan :
  • Panaskan oven pada suhu 170C.
  • Alas dulang pembakar dengan silpat mats atau parchment paper (mcm kertas minyak gitu)
  • Ayak serbuk koko, gula aising dan garam ke dalam mangkuk. 
  • Masukkan sebiji telur putih dahulu dan esen vanila. Kacau rata, jika pekat tambahkan baki telur putih telur hingga adunan menjadi likat seperti adunan brownies.
  • Masukkan coklat chips dan kaup balik hingga bergaul rata.
  • Sudukan 1/2 sudu teh ke atas dulang pembakar, jarakkan antaranya kerana biskut akan mengembang.
  • Bakar selama 15-20 minit hingga bahagian atas berkilat dan sedikit retak.
  • Tutup api dan biarkan biskut berada di dalam oven dengan pintu tertutup selama 15minit sebelum di keluarkan.
  • Simpan di dalam bekas kedap udara. Biskut ini tipis dan ranggup.




2. Biskut Tart Nenas Bunga

Related image


Bahan A: 

  • 125gm mentega
  • 80gm gula kaster
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan B: 
(di ayak)

  • 200gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung

  • Note: Jem nenas secukupnya - gentel bulat

Cara-cara:

  • Pukul bahan A hingga berkrim, Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
  • Canai dan terap dengan acuan bunga pecah lima/enam dan masukkan ke dalam papercup.
  • Tekan sedikit di tengahnya membentuk lubang kecil. (Penekan hijau - fondant tools) Masukkan inti nenas di tengahnya dan hias mengikut mengikut suka.
  • Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu pada 140c selama 25-30 minit.
  • Done!!! boleh makan dah..



3. Biskut Lidah Kucing Pelangi


Image result for Biskut Lidah Kucing Pelangi



Bahan-bahan: 
  • 250gm Mentega
  • 175gm Gula Kaster
  • 100ml Putih Telur
  • 200gm Tepung Gandum
  • 50gm Tepung Jagung
  • 1/4 Sudu Teh Emplex (Perangup Biskut)

Keperluan:
  • Pewarna Ungu, Biru, Hijau, Kuning, Oren Dan Merah
  • Loyang Lidah Kucing - Di Gris Dengan Mentega

Cara-cara:

Image result for Biskut Lidah Kucing Pelangi
  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
  6. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi.
  7. Biarkan biskut suam2 kuku dan terus simpan di dalam bekas kedap udara. Biskut ni cepat lemau jika di biar terdedah pada udara. Biskut yang lemau boleh di panaskan semula selama 5-8 minit dalam oven yang di panaskan dahulu dan akan ranggup kembali.




4. Biskut M&M Oats Monster / Monster Cookies





Bahan-bahan:
  • 100gm gula kaster
  • 100gm gula perang
  • 115gm mentega
  • 1 biji telur A
  • 120gm peanut butter halus atau kasar
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/4 sudu teh garam
  • 250gm oats
  • 120gm mini m&m
  • 120gm chocolate chips 

Cara-cara :

1. Pukul mentega, gula kaster, gula perang hingga berkrim. Masukkan telur dan putar sebati.

2. Masukkan peanut butter, esen vanila, baking soda dan garam. Putar hingga bergaul rata.

3. Masukkan oats, mini m&m dan chocolate chips, putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata.

4. Scoop adunan ke dalam dulang pembakar yang beralas baking paper / silpat. Jarakkan adunan kerana biskut ini akan mengembang.

5. Bakar pada suhu 160C dalam oven yang di panaskan dahulu di rak tengah selama 10-15 min (bergantung pada oven)

6. Keluarkan dari oven, biarkan biskut mengeras di atas dulang pembakar. Biarkan sejuk dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.





5. Biskut Florentine / Crunchy Caramel Almond 



Bahan-bahan:
  • 150 gm tepung florenta
  • 100 gm kepingan badam*
  • 70 gm kuaci hijau* - *bakar 5 minit
  • 10 gm bijan hitam
  • 10 gm bijan putih

Cara-cara :

1. Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telak dilapik dengan 'parchment paper' - bukan kertas minyak yee.
2. Taburkan tepung florenta dan ratakan pada keseluruhan loyang.
3. Tabur rata kepingan badam dan kuaci hijau yang telah dibakar bersama bijan hitam dan putih.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 7 minit sahaja.




6. Biskut Kacang Tanah Tradisi / Traditional Peanut
     cookies

Image result for Biskut Kacang Tanah Tradisi / Traditional Peanut



Bahan-bahan:
  • 140gm Tepung Gandum - Ayak
  • 125gm Gula Aising
  • 130gm Peanut Butter
  • 30gm Tepung Jagung
  • 1/4 Sudu Teh Baking Powder
  • 1/4 Sudu Teh Garam
  • 1/2 Sudu Teh Esen Vanila
  • 100gm Serbuk Kacang Tanah
  • 200ml Minyak Jagung

Hiasan : Kacang tanah secukupnya


Cara-cara:

1. Pukul peanut butter dan gula aising hingga rata. 
2. Masukkan tepung, baking powder, garam, esen vanila dan serbuk kacang tanah. Gaul rata.
3. Tuang sedikit-sedikit minyak jagung dan uli hingga menjadi doh.
4. Ambil 1 sudu teh adunan, gentel bulat. Sapu dengan kuning telur dan letak kacang tanah di tengahnya.
5. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit hingga masak.
6. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


sumber: fb (bukan sembang kosong)




~selamat mencuba~



Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGATASI SEMBELIT